Sabtu, 05 Desember 2015
ABDULLAH BIN ABBAS
“ Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir”
ABDULLAH IBNU AL-ABBAS
“Bertukar fikiran tentang ilmu sebahagian daripada malam, lebih disukai daripada berbuat ibadah di malam hari”
“Sesiapa yang memiliki empat perkara itu, dia beruntung iaitu benar, malu, bagus akhlak dan zuhud.”
SYEIKH MUHAMMAD ABDUH
“ Sabar itu ibu segala akhlak.”
“Kemuliaan itu ialah kebanggaan jiwa, tujuan perasaan dan pandangan, sinar kebanggaan diri yang menimbulkan amal dan meninggalkan bekas yang baik kepada bangsa dan kaumnya atau kepada peri kemanusiaan seluruhnya.”
“Kemuliaan itu ialah kebanggaan jiwa, tujuan perasaan dan pandangan, sinar kebanggaan diri yang menimbulkan amal dan meninggalkan bekas yang baik kepada bangsa dan kaumnya atau kepada peri kemanusiaan seluruhnya.”
MATRAF BIN ABDULLAH
“Pada keikhlasan sesaat itu kebebasan abadi akan tetapi keikhlasan itu jarang ada”
SAHL BIN ABDULLAH
“
Manusia seluruhnya mati, selain ahli ilmu, para ilmu itu mabuk, selain
yang baramal, orang yang beramal seluruhnya tertipu, selain yang
ikhlas.”
SALIM BIN ABDULLAH
“
Ketahuilah, bahawa pertolongan Allah Taa’la kepada hamba itu atas
niatnya.Siapa yang sempurna niatnya, nescaya sempurnalah pertolongan
Allah dan jikalau kurang, nescaya berkurang menurut kadarnya.”
HASAN AL-BANNA
“Jangan
mengkafirkan orang yang telah rasmi mengucapkan dua kalimah syahadah
dan mengamalkan perintah agama, kecuali orang yang sengaja telah
mengucapkan kalimah kekafiran dan murtad.”
HASAN AL-BASHRI
“Janganlah engkau membeli permusuhan seseorang dengan kesayangan seribu orang.”“Barangsiapa banyak perkataannya, nescaya banyak bohongnya. Barangsiapa banyak hartanya, nescaya banyak dosanya dan barangsiapa buruk akhlaknya nescaya ia menyiksakan dirinya.”
ABU DARDA’
“Ibadah
itu laksana tangga yang akan mengangkat ke atas kebaikan yang tinggi
sehingga ia dapat menengok yang hak dalam kebesaranNya dan hakikat pada
sumberNya.”“Jangan engkau makan kecuali yang baik,Jangan engkau usahakan kecuali yang baik, jangan engkau masukkan ke rumahmu kecuali yang baik.”
“Barangsiapa yang tidak pernah merasa puas terhadap dunia maka tiada dunia baginya.”
AL-GHAZALI
“Akal
dapat melihat dan mengerti dirinya sendiri dan sifat-sifatnya sendiri,
sebagaimana dapat pula ia melihat yang lain-lainnya.”“Neraka batin hanya diuntukkan bagi mereka yang celaka dan gagal di dalam mencapai hakikat tujuan hidupnya.”
ABU DZAR AL-GHIFARI
“Kebenaran hendaknya disertai keberanian.”“Sendirian adalah lebih baik daripada mengambil teman duduk orang jahat, dan teman duduk orang baik adalah lebih bagus daripada sendirian.”
LUKMANUL HAKIM
“Jangan kau hilangkan air mukamu dengan meminta.”“bahawa orang mukmin, apabila memperhatikan akan akibat, nescaya ia aman dari penyesalan.”
PROF.DR.HAMKA
“Wanita yang budiman adalah laksana matahari yang terbit di waktu fajar bagi orang yang menanti kedatangan siang.”
IMAM ABU HANIFAH
“orang yang cinta kemewahan dunia ialah penakut,tidak berani menegakkan kebenaran yang diredhai.”
ABDULLAH BIN AMAR
“Bayarkanlah hutangmu, kalauj tidak oleh warismu sebelum ajal memanggilmu.”
ABU HURAIRAH
“Takutlah menghukum tanpa ilmu dan berbicara tanpa belas kasihan.”
ABU SA’ID BIN ABDURRAHIM
“Sesungguhnya diramaikan dunia dengan sedikit akal penghuninya.”
RABIAH BINTI ISMAIL ADAWIYAH
“Mencari rumah tempat tinggal itu amat mudah, tetapi mencari jiran adalah sukar.”
IBRAHIM IBNU AHMAD
“Terlalu mencintai dunia membuat orang tuli, buta dan menjadi hamba.”
ALKHALIL IBNU AHMAD
“Orang itu ada empat jenis:Orang yang mengetahui dan dia mengetahui.Maka dia itu ialah orang berilmu.
Orang yang mengetahui dan tidak tahu bahwa dia tidak mengetahui.Maka dia itu ialah orang tidur.
Orang yang mengetahui dan tahu bahawa dia tidak mengetahui.Maka dia ialah orang yang meminta petunjuk.
Orang yang tidak mengetahui dan tidak tahu bahawa dia tidak mengetahui. Maka di itu ialah orang-orang jahil.”
AL-AHNAF
“Persaudaraan itu adalah mutiara yang halus, jikalau tidak menjaganya, akan mendatangkan bahaya.”
KA’AB ALAKBAR
“Mereka
memilih dunia dari akhirat,mereka makan hasil lidah mereka.Mereka
mendekati orang-orang kaya tidak orang-orang miskin.Mereka cemburu
kepada ilmu pengetahuan seperti kaum wanita cemburu kepada kaum
lelaki.Dia marah pada teman apabila dia duduk dengan orang lain.Orang
yang berilmu semacam itulah orang-orang yang keras hati,musuh Tuhan yang
maha pengasih.”
MALIK BIN ANAS
“Pertengkaran itu tiada mempunyai erti apa pun dari agama.”“Perbantahan itu mengesatkan hati dan pusaka kedengkian.”
ABU AYUB AL-ANSARI
“Berjuanglah baik dalam keadaan senang ataupun susah.”
ABU MUSAAL-ASY’ARI
“Yang penting ialah ikhlas,kemudian biarlah terjadi apa yang akan terjadi.”
ATHA
‘Suatu majlis ilmu itu akan menutup kesalahan tujuh puluh majlis sia-sia.’
ABDURRAHMAN BIN AUF
“Untuk
menjadi kaya,janganlah kau menolak keuntungan sekali-kali,jangan
melambatkan dalam hal jual beli dan jangan menjual dengan menangguhkan
bayaran.”
UMAR BIN ABD AZIZ
“Bertakwalah kepada Allah dan jauhilah senda gurau kerana senda gurau itu mewarisi sakit hati dan menghala kekejian.”“Memikirkan mengenai nikmat-nikmat Allah SWT adalah termasuk ibadah yang paling besar.”
Sumber :
http://ebbawahab.blogspot.co.id/2012/07/pilihan-mutiara-kata-ilmuan-islam_25.html
Good News and Informaton. Thanks for another wonderful postQ
BalasHapus